Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ada pihak cemburu kembali mengarah filem – Ahmad Idham

    Dianggap sudah tidak relevan untuk mengarahkan filem, pengarah Dr Ahmad Idham memilih untuk tidak ambil pusing terhadap kata-kata negatif itu.

    Menurut Idham atau nama sebenarnya Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 51, dia percaya rezeki setiap manusia sudah ditentukan oleh Allah.

    “Bagi yang kata zaman saya sudah habis, mungkin mereka ini bukan Islam. Sebab kalau dia Islam, kena percaya yang rezeki letaknya di tangan Allah, bukan pada mereka. Apa yang kita perlu buat, hanyalah doa dan berusaha.

    “Saya simpati dengan mereka yang cakap seperti itu. Cucilah hati itu,” katanya kepada mStar.

    Idham turut mendakwa terdapat individu dalam industri yang cemburu dengan ‘comeback’ yang sedang dilakukannya.

    “Saya tahu yang sekarang ini ramai cemburu melihat saya comeback sebagai pengarah.

    Malah ada juga orang dalam industri suka lihat saya gagal lagi,” ujarnya. – Agensi

    Ahmad Idham ketika ditemubual oleh media, baru-baru ini. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda