Monday, September 30, 2024
33.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ada sangka Jihan Muse sudah bersara

    Sejak hamil anak kedua, pelakon dan pengacara Jihan Muse dilihat memperlahankan karier seninya sehingga ada menyangka dia sudah bersara.

    Jihan atau Nur Jihan Musa, 40, sebaliknya menegaskan dia masih aktif sebagai anak seni kerana ingin memberi perhatian lebih terhadap dua anak lelakinya yang masih kecil.

    “Baaru-baru ini ada klien jumpa saya tidak mahu memperbaharui kontrak bagi satu produk ini. Apabila saya tanya kenapa, dia memberitahu ada pihak mengatakan saya sudah bersara.

    “Saya belum bersara! Cuma kebanyakan tawaran yang saya ambil tidak memerlukan komitmen yang panjang. Seperti lakonan memang saya tolak buat masa ini demi anak-anak,” katanya kepada mStar.

    Jihan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media I Can See Your Voice Malaysia 6 (ICSYVMY) yang diadakan di Cornerstone IPC, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Jihan lebih memilih dalam menerima tawaran bekerja. – Agensi

    Dalam pada itu, Jihan berkata, dia mahu menjaga sendiri anak-anaknya kerana tidak mahu melepaskan saat-saat melihat mereka membesar di hadapan matanya.

    Menurut Jihan, mendengar pengalaman daripada rakan artis senior yang kesal lebih mementingkan karier berbanding keluarga membuatkan dia enggan mengulangi kesilapan sama.

    “Sebenarnya adalah beberapa artis senior yang saya rapat beritahu mereka banyak rugi masa terlepas momen untuk melihat anak-anak membesar.

    “Jadi saya ambil perkara itu sebagai pengajaran untuk diri sendiri. Saya fikir kalau asyik sibuk bekerja, mungkin saya pun akan jadi macam tu. Tiba-tiba anak dah besar,” ujarnya.

    Tambah Jihan lagi, dia mahu mencabar diri sendiri untuk menjadi seorang ibu yang hebat seperti mana dia berjaya melakukan setiap pekerjaannya dengan baik. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Di ambang malam