Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ada sebab Erwin Dawson tak berlakon di Malaysia

    Agak lama tidak muncul dalam mana-mana drama terbitan produksi di Malaysia, pelakon asal Singapura Erwin Dawson kini dalam tempoh berehat daripada dunia lakonan.

    Kata Erwin atau Mohamed Erwin Shah Evan Dawson, 34, walaupun rindu untuk kembali ke set penggambaran namun dia terpaksa melupakan kariernya itu buat seketika.

    Selain masih aktif berlakon di Singapura, Erwin juga mahu memberi fokus kepada perniagaan miliknya.

    “Kali terakhir saya jalani penggambaran di Malaysia adalah sekitar tahun 2022. Ketika itu pun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pihak produksi menguruskan dokumen perjalanan saya.

    “Rasanya buat masa sekarang saya ambil masa rehat dahulu dari terlibat dalam penggambaran di Malaysia. Melainkan jika ada tawaran yang betul-betul menarik mungkin saya akan pertimbangkan.

    Erwin menunggu masa sesuai untuk kembali aktif dalam industri drama di Malaysia. – mStar

    “Saya masih lagi berlakon di Singapura dan dalam masa sama sekarang menguruskan perniagaan sendiri,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Dalam masa sama, Erwin juga mahu memanfaatkan kesempatan yang ada untuk tinggal bersama bersama keluarga dan meluangkan lebih banyak masa bersama mereka.

    Tambahan pula dia yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga, perlu menyesuaikan tanggungjawab sebagai suami.

    “Selama saya bekerja di Malaysia memang jarang balik Singapura. Ibu bapa pun semakin tua, jadi biarlah saya luangkan masa bersama mereka.

    “Saya rasa lebih senang berada dekat dengan mereka. Tak mahu menyesal sekiranya apa-apa berlaku dan saya tidak dapat pulang.

    “Sekarang pun saya sudah berkahwin, jadi perlu bahagikan masa sebaik mungkin antara kerjaya dan kehidupan peribadi,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...