Pelakon Indonesia Nikita Willy akhirnya mendedahkan alasan mengapa dia memilih untuk melahirkan anak di luar negara.
Bukan sekadar ingin bergaya dan menunjukkan kemewahan, pelakon ini mempunyai alasan dan pertimbangan sendiri termasuk dapat menikmati waktu berpantang tanpa kehadiran tetamu.
“Saya berpendapat selepas bersalin seorang wanita perlu masa untuk diri sendiri dan ketenangan.
“Jadi sewaktu melahirkan anak di Amerika, saya rasa tenang kerana tidak menerima kunjungan tetamu dan dapat berehat dan fokus kepada anak,” katanya menerusi temu bual bersama Novita Angie baru-baru ini.
Selain itu, pelakon ini juga memberitahu berada jauh daripada keluarga membuatkan dia dan suami lebih peka dan belajar menjadi ibu bapa yang baik.
Nikita atau Nikita Purnama Willy, 28, melahirkan anak lelakinya, Issa Xander Djokosoetono pada 8 April lalu di Hospital Cedars-Sinai Medical Center, Los Angeles.
Pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan Indra Priawan pada 16 Oktober 2021. – Agensi
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2022/09/P17-D-NEW_12092022.jpg)