Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ada tawaran filem saya balik – Ben Amir

    Perkongsian pelakon kacak Malaysia, Ben Amir disalahertikan, bukan mahu bersara daripada dunia lakonan, sebaliknya hanya berehat seketika selepas mengambil keputusan menetap di sebuah pulau perangannya, Pulau Siargao, Filipina.

    Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 34, berkata dia masih sedia pulang ke tanah air jika ada sebarang tawaran membabitkan pembikinan filem.

    “Saya belum mahu berhenti berlakon dan tiada perancangan untuk meninggalkan lapangan seni.

    “Buat masa ini saya cuma nak berehat sekejap serta dalam fasa melakukan perkara lain.

    “Malah kalau ada tawaran untuk filem, baharu saya akan balik. Saya nak fokus untuk filem sahaja selepas ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

    Sebelum ini perkongsian pelakon filem Rebel itu mengenai kehidupan baharunya di pulau peranginan tersebut mengundang kejutan.

    Menerusi video dalam saluran YouTube miliknya, Ben mengakui mempunyai pelbagai perancangan yang ingin direalisasikan di sana.

    Selain merancang membina sebuah kediaman, dia turut berhasrat memulakan perniagaan berkaitan tempat percutian.

    Rata-rata peminat menyangka Ben enggan lagi terbabit dalam arena lakonan kerana ingin fokus terhadap kehidupan di negara orang. – Agensi

    Ben Amir memilih untuk menetap di Pulau Siargao, Filipina. – Gambar IG BenAmir
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda