Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adahi siap siaga untuk musim haji 1446H, agihan meliputi 27 negara

    MEKAH, 5 JUN – Projek Arab Saudi bagi Pengurusan Hady dan Adahi (Adahi) mengumumkan bahawa segala persiapan operasinya bagi musim haji 1446 Hijrah telah selesai sepenuhnya.

    “Projek ini telah melengkapkan persiapan di tujuh pusat Adahi khusus yang meliputi keluasan lebih sejuta meter persegi, dengan keupayaan operasi melebihi sejuta ekor ternakan dalam tempoh hanya 84 jam,” menurut kenyataan Adahi kepada Bernama hari ini.

    Menurut Adahi, kemudahan tersebut dikendalikan oleh kira-kira 25,000 petugas pakar yang dijemput dari beberapa negara, termasuk 600 pakar syariah, lebih 500 doktor haiwan, 16,500 penyembelih dan pembantu penyembelih, serta 400 juruteknik dalam bidang penyejukan, sistem elektrik, operasi mekanikal dan pengendalian mesin.

    Adahi menyatakan projek ini menyediakan sistem menyeluruh yang menggabungkan pematuhan syariah, kecekapan operasi dan inovasi teknologi, mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Arab Saudi dalam mempermudah pelaksanaan ibadah jemaah serta memupuk nilai belas ihsan dan solidariti kemanusiaan di peringkat global.

    Projek itu turut menegaskan bahawa sistem operasinya untuk musim haji tahun ini menggabungkan teknologi canggih bagi meningkatkan kecekapan keseluruhan dan ketelusan pelaksanaan.

    Antara sistem utama yang diperkenalkan termasuk sistem kiraan Adahi berasaskan kecerdasan buatan (AI), sistem pengesahan berat automatik bagi memastikan pematuhan standard syariah, serta sistem penjejakan daging yang baharu bagi memastikan penghantaran daging korban kepada penerima yang layak secara tepat dan telus. – Bernama

    Kira-kira 25,000 petugas pakar yang dijemput dari beberapa negara, termasuk 600 pakar syariah, lebih 500 doktor haiwan, 16,500 penyembelih dan pembantu penyembelih, serta 400 juruteknik akan terlibat dalam projek tersebut. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda