LONDON, 26 Mac – Liga Perdana merempuh Eropah dengan sepenuh tenaga musim ini namun awan hitam Brexit mengancam kedudukan liga teratas Inggeris itu sebagai liga bola sepak terkaya di dunia. Masih belum ada persetujuan dicapai di bawah terma-terma di mana United Kingdom (UK) akan meninggalkan Kesatuan Eropah (EU), membawa kepada ketidakpastian dalam kalangan perniagaan British.