Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Adakah buruh kontrak rumah dipantau?

    Saya merayu kepada pihak-pihak yang relevan agar mengambil tindakan yang tegas dalam memantau dan memastikan pekerja asing yang diambil bekerja dalam sektor pembinaan mempunyai dokumen yang sah serta menjalankan kerja mereka dengan telus dan berkualiti.

    Ini kerana saya sendiri berasa tertipu dengan hasil kerja beberapa buruh asing yang membuat penambahan bagi bilik dan dapur rumah saya.

    Pada awalnya, segala-galanya kelihatan berjalan lancar dan buruh-buruh tersebut nampak mahir dalam melaksanakan tugas mereka.

    Namun, selepas beberapa minggu, saya mula menyedari beberapa isu yang timbul.
    Antaranya adalah kualiti kerja yang kurang memuaskan.

    Dinding bilik yang dibina kelihatan tidak rata dan terdapat retakan kecil di beberapa bahagian.

    Foto Canva

    Begitu juga dengan kerja-kerja paip air di dapur yang tidak sempurna, menyebabkan kebocoran berlaku.

    Saya cuba berbincang dengan penyelia atau majikan buruh mengenai masalah ini, tetapi jawapan yang diberikan hanya sambil lewa, ‘lapas tangan’ dan seperti tidak mahu bertanggungjawab atas kerosakan yang berlaku.

    Lebih membimbangkan lagi, saya mendapati bahawa beberapa pekerjanya tidak mempunyai dokumen yang sah serta kad pengenalan ada yang sudah mansuh.

    Hal ini menimbulkan persoalan mengenai ketelusan dan pemantauan terhadap buruh asing yang diambil bekerja dalam sektor pembinaan di kawasan perumahan.

    Saya bimbang jika perkara ini dibiarkan berlarutan, mereka akan terus menipu mangsa dengan menawarkan khidmat kerja yang tidak sempurna tetapi hanya sekadar asal siap dan menerima bayaran.

    Apa yang saya khuatir juga, semakin ramai buruh kontrak rumah yang kurang bertauliah membuat iklan dalam media sosial yang mana apabila bertemu janji, mereka hanyalah sub kontraktor yang tidak mempunyai pejabat tetap dan lebih ditakuti mereka boleh ‘angkat kaki’ bila-bila masa sahaja sesudah mendapat bayaran.

    Akhir kata, saya berharap agar pengalaman saya ini dijadikan iktibar dan mendorong pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

    Mufairuz

    Kata Kunci

    Popular

    ASEAN

    Bas terjunam ke sungai ragut 16 nyawa

    Reliance India hentikan import minyak mentah Rusia

    ‘Penempatan pengawal kebangsaan di Washington oleh Trump tidak sah’

    Berita Berkaitan

    Kebersihan tandas masjid perlu diutamakan

    Setiap kali saya ke masjid untuk solat berjemaah, hati...

    Kekurangan pengangkutan awam sulitkan pelancong

    Bulan lalu, ketika saya melalui jalan Gadong, saya ternampak...

    Mukbang dan realiti dunia

    Malam semalam, saya ada menonton video mukbang, dan pada...

    Masalah keluarga bukan untuk perhatian umum

    Semakin ramai pengguna media sosial yang menggunakan platform tersebut...

    Terkini

    Bas terjunam ke sungai ragut 16 nyawa

    PHNOM PENH, KEMBOJA, 21 NOV — Sebuah bas penumpang...

    Reliance India hentikan import minyak mentah Rusia

    NEW DELHI, 21 NOV - Reliance Industries India kelmarin...

    ‘Penempatan pengawal kebangsaan di Washington oleh Trump tidak sah’

    WASHINGTON, 21 NOV – Seorang hakim persekutuan kelmarin memutuskan...

    Rangkaian penyeludupan artifak curi tumpas, 35 ditahan

    SOFIA, 21 NOV – Pihak penguatkuasa undang-undang di beberapa...