Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adakah Diana Danielle mengandung?

    Selepas memaklumkan kembali rujuk, pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle sekali lagi menjadi perhatian peminat susulan hantaran terbaharu mereka di Instagram.

    Memetik dari mStar, Farid yang berpakaian serba hitam manakala Diana mengenakan baju kurung serta lengkap bertudung hijau bergambar mesra sambil tangan aktor itu memegang perut isterinya.

    Menerusi kapsyen yang ditulis, Diana seakan-akan tidak selesa dengan tindakan Farid yang memegang bahagian perutnya.

    “Tak perlu la dekat perut,” katanya ringkas pada bahagian kapsyen.

    Baru sahaja memuat naik hantaran tersebut dua jam yang lalu, gambar berkenaan meraih lebih 50,000 tanda suka selain 1,600 komen daripada pengikutnya.

    Ramai berpandangan pasangan yang kembali rujuk sebulan selepas bercerai itu seakan-akan memberikan petunjuk bahawa mereka bakal menimang cahaya mata ketiga.

    Malah ramai mendoakan pasangan itu dikurniakan cahaya mata sebagai menguatkan lagi ikatan perkahwinan mereka yang kembali terjalin.

    “Yakin Aurora akan dapat adik selepas ini… Bersiap sedia dengan baby nombor tiga. Yahoo!

    “Tanda-tanda dapat bayi nanti. Selamat honeymoon semula,” antara komen peminat.

    Tidak hanya itu, peminat turut memuji penampilan Diana yang bertudung dan berharap aktres itu benar-benar menutup aurat selepas ini.

    “Manisnya Diana bertudung. Moga istiqamah. Hikmah disebalik ujian,” kata netizen.

    Untuk rekod, pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

    Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8.

    Mereka bagaimanapun mengaku sudah kembali rujuk dan akan mendaftarkan perkara itu di mahkamah. – Agensi

    Gambar yang dimuat naik Diana Danielle mencetus tanda tanya netizen. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda