Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adakah dua keluarga dapat berbaik semula?

    Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis

    Drama ini baru sahaja disiarkan pada 26 November lalu di saluran Astro Ria dalam slot Drama Vaganza malah drama ini berdasarkan kepada penulisan sebuah novel yang ditulis oleh Umie Nadzimah yang bertajuk Rindu Yang Terlarang.

    Drama adaptasi ini menampilkan gabungan pelakon hebat iaitu Fikry Ibrahim dan Zahirah Macwilson dan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pada pukul 7 malam.

    Rindu Yang Terlarang diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Zeel Production. Skrip drama ini pula ditulis oleh beberapa orang penulis skrip hebat seperti Mazelan Manan, Shida Zali, Najmie Maziez, Suzanna Zaily Zin, Shaza Talib dan Mufid Shuhaimi. Drama ini dijangka akan mempunyai sekitar 20 episod.

    Selain Fikri dan Zahirah, drama ini turut menampilkan beberapa pelakon Malaysia yang lain seperti Jalil Hamid, Amyza Aznan, Sahronizam Noor, Sulaiman Yassin, Karina Aziz, Putri Hanan, Hanis Nabilah, Rahhim Omar, Asha Merican, Aidit Noh, Anuar Hamizan, Sam Shuhaidi, Asyraf Aley, Numan Salleh dan Fendi Seman.

    Kronologi ringkas

    Kisah cinta terlarang disebabkan pergaduhan keluarga. Faith dan Ainnura bercinta sejak dibangku sekolah dan mahu berkahwin diusia muda. Namun, percintaan mereka mendapat tentangan daripada keluarga yang saling berdendam akibat sengketa perebutan hak milik tanah.

    Dek kerana permintaan mereka tak direstui oleh keluarga. Faith dan Ainnura membuat keputusan untuk berkahwin secara rahsia dengan restu dari Tok Wan, atuk Ainnura. Mereka hidup bahagia sehinggalah rahsia mereka terbongkar. Kedua-dua keluarga berusaha memisahkan rumahtangga anak-anak mereka. Akhirnya, Faith terpaksa menceraikan Ainnura dan membawa diri masing-masing.

    Beberapa tahun berlalu, mereka bertemu kembali. Faith berusaha merebut hati Ainnura. Namun Ainnura terpaksa keraskan hati kerana takut perkara lama berulang kembali. Namun setelah dia mempunyai Fawwaz dalam hidupnya. Hati Ainnura masih inginkan Faith cuma Ainnura memberi syarat, sekiranya mereka ingin bersama semula, keluarga mereka hendaklah berbaik semula. Berjayakah usaha mereka dan mampukah dua keluarga yang bermusuh akan kembali berdamai.

    Drama adaptasi ini menampilkan gabungan pelakon hebat iaitu Fikry Ibrahim dan Zahirah Macwilson dan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pada pukul 7 malam.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda