Isnin, Julai 28, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adam Firdaus bawa pulang Suzuki Jimny

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Awang Adam Firdaus bin Haji Mohd Asme telah diumumkan sebagai juara Mega Suzuki Games 2025 dan beliau turut membawa pulang hadiah utama berupa sebuah Suzuki Jimny 5-Pintu, dalam pertandingan kemuncak penuh debaran yang berlangsung di Bilik Pameran Suzuki Beribi, kelmarin.

    Hadiah turut disampaikan oleh Pengurus Jenama Suzuki Brunei, Awang Adehelmie Jaafar.

    Mewakili pemenang utama adalah isterinya, Dayang Nurul Asyikin binti Abdul Muiz, yang juga merupakan kakitangan Tabung Amanah Pekerja (TAP), telah melahirkan rasa syukur dan terharu atas kemenangan tersebut. Dalam temu bual bersama media, beliau berkata, “Kami sama sekali tidak pernah terfikir akan memenangi hadiah sebesar ini. Alhamdulillah, kami bersyukur ke hadrat Allah SWT atas rezeki yang tidak disangka-sangka ini, dan juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Suzuki Brunei kerana memilih suami saya sebagai salah seorang peserta dalam cabutan bertuah Mega Suzuki.”

    Menurut beliau, suaminya telah membeli kenderaan Suzuki pada Februari lalu sebagai sebahagian daripada kempen promosi, tanpa menyangka pembelian tersebut membawa kepada peluang memenangi hadiah utama. Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi oleh Dayang Khairunissa binti Haji Ahmad yang menerima baucar beli-belah Intracorp bernilai $2,500, manakala Haji Muhammad Zaki Iskandar menduduki tempat ketiga dengan baucar bernilai $1,000.

    Tujuh peserta lain turut menerima baucar Intracorp bernilai $50 dan barangan eksklusif Suzuki sebagai tanda penghargaan atas penyertaan mereka.

    Dayang Nurul Asyikin mewakili suaminya Awang Adam Firdaus telah memenangi hadiah utama sebuah Suzuki Jimny 5-Pintu semasa acara berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Awang Adehelmie Jaafar menyampaikan baucar beli-belah Intracorp bernilai $2,500 kepada pemenang tempat kedua, Dayang Khairunissa. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Haji Muhammad Zaki Iskandar pemenang ketiga menerima baucar bernilai $1,000.
    Suzuki Brunei menyerahkan sumbangan CSR berjumlah $6,220 kepada Sejahtera Community. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Rajah ini menunjukkan jumlah perdagangan negara Brunei bersama negara-negara lain. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    ATAS & BAWAH: Antara yang hadir semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Acara tersebut merupakan penutup rasmi kepada Kempen Promosi Mega Suzuki yang telah berlangsung dari Februari hingga Mei 2025.

    Seramai 10 peserta akhir dipilih melalui Mega Lucky Draw yang berlangsung pada 12 Julai lalu, sebelum berentap dalam tiga pusingan penyingkiran berkonsepkan rancangan permainan langsung.

    Selain acara permainan, Suzuki Brunei turut menzahirkan tanggungjawab sosial mereka melalui penyerahan sumbangan CSR berjumlah $6,220 kepada Sejahtera Community.

    Sumbangan itu telah diserahkan oleh Pengurus Jualan Suzuki, KC Wang kepada pengasas komuniti tersebut, Pengiran Nooraini binti Pengiran Ahmad.

    Mega Suzuki Games bukan sahaja menampilkan hadiah lumayan, malah menyerlahkan komitmen Suzuki Brunei dalam membina hubungan mesra bersama pelanggan dan masyarakat melalui pendekatan yang menyeronokkan, interaktif dan penuh makna.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Tidak sengaja