Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adam Lee cukur jambang, tidak mahu disamakan dengan Alif Teega

    Enggan wajahnya disamakan seperti Alif Teega, pelakon Adam Lee mengambil keputusan mencukur jambang untuk menunjukkan perbezaan di antara dirinya dengan personaliti media sosial itu.

    Memetik dari mStar, malah Adam atau Muhammad Arif Adam Mohd Fadlee, 29, turut meminta agar orang ramai tidak lagi menyamakan rupa parasnya dengan suami kepada Aisyah Hijanah itu.

    “Jambang sudah buang. Sudah, jangan samakan aku dengan dia lagi. #iniALbukanAT,” katanya menerusi satu hantaran di muat naik di Instagram pada kelmarin.

    Luahan Adam itu turut dikongsi semula oleh isterinya, Sweet Qismina di Instastory.

    Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 26, turut meminta orang ramai tidak lagi menghantar mesej kepadanya menyamakan Adam dengan lelaki berkenaan.

    “Okay. Jangan mesej saya lagi kata sama macam AT. Suami saya selepas ini tiada lagi jambang,” ujarnya.

    Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian Adam Lee itu.

    “Hahaha. Ternyata bukan perasaan aku sahaja yang Adam ini memang mirip dengan lelaki yang sedang tular.

    “Sekilas pandang aku juga fikir muka Adam sama seperti Alif Teega.

    “Okay dah buang jambang sudah tiada rupa seperti Alif Teega,” ujarnya.

    Sebelum ini, kecoh di media sosial tindakan personaliti Alif Teega mengumumkan sudah berkahwin dua pada 18 November lalu.

    Pengakuan tersebut dibuat bagi mengelakkan sebarang fitnah selain tidak mahu pernikahannya menjadi bualan orang ramai. – Agensi

    Adam Lee tidak mahu disamakan seperti Alif Teega hingga sanggup mencukur jambangnya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda