Tuesday, July 15, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adam Levine rasa sakit bila usia bertambah akibat tatu

    Vokalis kumpulan Maroon 5 iaitu Adam Levine mendedahkan enggan menambah tatu baharu di bahagian tubuh kerana tidak tahan menanggung sakit.

    People melaporkan, Adam atau Adam Noah Levine mengakui di usia 46 tahun ini, dia tidak mampu untuk melalui proses pembuatan tatu yang dirasakan semakin menyakitkan.

    Kata Adam, tatu terakhir yang diukir adalah rekaan untuk menutupi lukisan lama di bahagian lengannya.

    “Sekarang ini saya rasa lebih sensitif. Sewaktu melalui proses mencacah tatu, saya dapat merasai kesakitan yang terlalu berat. Saya rasa cukuplah setakat ini (cacah tatu),” katanya.

    Dalam pada itu, Adam memberitahu pertama kali dia mencacah tatu pada usia 21 tahun dan memilih rekaan bercorak burung merpati yang membawa maksud kedamaian.

    Penyanyi lagu This Love turut berkongsi bahawa mahu menyebarkan mesej positif kepada orang ramai menerusi cacahan tatu yang ada pada tubuh badannya itu.

    “Pada ketika itu, saya merasakan seperti mahu menyampaikan mesej melalui simbol kedamaian menerusi cacahan tatu pada tubuh badan,” ujarnya. – Agensi

    Adam mahu berhenti mencacah tatu pada tubuh. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda