KUALA LUMPUR, 30 JULAI – Pemain remaja Malaysia, Adam Agan Aziz bermula dengan baik apabila mara ke pusingan kedua Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2019 yang berlangsung di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil di sini hari ini.
Pemain berusia 19 tahun yang menghuni ranking ke-550 dunia itu mengambil masa hanya 28 minit untuk menewaskan pemain Hong Kong, Lap Au 11-8, 11-6, 11-8 pada pusingan pertama acara perseorangan lelaki.
Bagaimanapun, seorang lagi pemain negara Darryl Gan tersingkir apabila kalah kepada pemain Hong Kong, Wai Lok dalam aksi selama 65 minuit yang berakhir dengan 11-5, 9-11, 4-11,12-10, 11-8.
Sementara itu, semua pemain pilihan Malaysia mendapat ‘bye’ pada pusingan pertama dan akan beraksi pada hari kedua kejohanan itu esok. – Bernama