Sunday, December 29, 2024
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adam, Qismina pilih jaga aib

    Tatkala kontroversi rumah tangga selebriti menjadi bualan ramai, pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee lebih selesa memilih jalan berdiam dan tidak mengulas mengenai isu berkenaan.

    Bagi Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 27, dia percaya menjaga kisah peribadi sendiri lebih penting supaya tidak terkena sebarang tempias kontroversi.

    “Apa-apa sahaja yang berlaku dalam industri sama ada kawan baik atau tidak kami ambil pendirian tidak mahu kongsi atau sokong mana-mana pihak.

    “Kami juga ada aib nak kena jaga dan ada rezeki yang Allah tengah jagakan. Kalau boleh tak mahu rosakkan apa yang kami ada sekarang.

    “Sebab itu kami tidak mahu bercakap apa-apa dan terkena tempias,” katanya kepada mStar.

    Adam dan Sweet elak bercerita rumah tangga orang lain. – mStar

    Pasangan itu ditemui ketika majlis pelancaran filem terbaharu lakonan mereka berjudul Babah yang berlangsung di Petaling Jaya kelmarin.

    Bersetuju dengan pendapat isterinya itu, Adam atau Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 30, pula bimbang sekiranya mereka juga berdepan situasi sama kelak.

    “Kita tak tahu apa yang berlaku dalam hubungan kami. Semua itu ketentuan Allah.

    “Lagipun industri ini kecil sahaja. Nanti-nanti akan jumpa orang yang sama,” ujarnya.

    Adam dan Sweet baru sahaja menyambut ulang tahun kedua perkahwinan mereka pada 24 Oktober lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda