Sunday, December 22, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adam Scott, Green dahului Terbuka Australia

    MELBOURNE, AUSTRALIA, 2 DIS – Juara kejohanan utama, Adam Scott dan Hannah Green masing-masing mendahului Kejohanan Terbuka Australia Lelaki dan Wanita yang berlangsung secara serentak kelmarin.

    Scott memukul tujuh bawah 63 tanpa bogey untuk menyamai rekod pemain tuan rumah, David Micheluzzi semasa pusingan pembukaan.

    Mereka bakal berdepan satu sama lain dalam kumpulan akhir pada Sabtu selepas Micheluzzi membuat 71 pukulan di Kingston Heath untuk mengikat kedudukan pendahulu bersama Scott dengan lapan bawah 134.

    Pemain pilihan kejohanan dan juara Terbuka British, Cameron Smith menunjukkan aksi yang kurang memberangsangkan dengan pukulan dua atas 73.

    Sementara itu, Green membenam lima birdies di lapan lubang terakhirnya sekali gus mendahului dengan 11 bawah 134 dalam kategori Wanita.

    Dia menyatakan pukulan enam bawah 66nya sebagai ‘pukulan terbaik saya pada tahun ini’.
    Pemain dari Barat Australia itu mengungguli carta yang penuh dengan pemain bintang golf wanita yang juga termasuk pendahulu pusingan pertama, Grace Kim.

    Terbuka Australia Lelaki dan Wanita diadakan secara berselang seli dalam kejohanan golf kebangsaan yang penuh bersejarah ini. Terdapat 36 lubang untuk 60 teratas pada Jumaat dan hanya 30 teratas akan bermain pada Sabtu bagi kedua-dua kejohanan. Dua pusingan terakhir akan diadakan di Kelab Golf Victoria. – AP

    Aksi pemain golf Australia, Hannah Green semasa membuat pukulan di lubang keenam dalam Kejohanan Golf Terbuka Australia di Melbourne, Australia. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda