Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adama Traore kembali ke Barcelona

    MADRID, 30 JAN – Pemain antarabangsa Sepanyol, Adama Traore akan kembali ke Barcelona selepas menandatangani kontrak dari Wolves secara pinjaman sehingga akhir musim, kedua-dua kelab mengumumkannya kelmarin.

    Barce berkata mereka akan membayar gaji Traore dan terdapat beberapa pilihan untuk membolehkan perjanjian tersebut menjadi kekal.

    Traore, 26, berasal daripada akademi di Camp Nou dan telah membuat empat kemunculan untuk barisan pasukan pertama Barca sebelum menyertai Aston Villa pada 2015.

    Dia telah menghabiskan masa selama dua musim di Middlesbrough, dan bermain 154 kali untuk pasukan Wolves sejak menyertainya pada 2018 dengan rekod yuran kelab ketika itu sebanyak AS$24.1 juta.

    “Semua orang tahu Barcelona adalah sebuah ibu kota dan kelab yang sangat dekat dengan hati Adama, jadi ia adalah langkah impian untuknya,” kata pengarah teknikal Wolves, Scott Sellars.

    “Kami juga telah bersetuju dengan pilihan dalam perjanjian itu sekiranya Barcelona ingin membuat perpindahan kekal pada musim panas ini.”

    Tottenham Hotspur juga dikaitkan dengan perpindahan Traore tetapi tawaran AS$17 juta mereka ditolak awal bulan ini. Menandatangani Traore memberikan jurulatih Barca, Xavi Hernandez satu lagi pilihan pemain penyerang dengan Ousmane Dembele yang semakin disisihkan selepas gagal bersetuju dengan kontrak baharu, dan pemain remaja, Ansu Fati telah diketepikan akibat kecederaan hamstring. – AFP

    Adama Traore akan kembali ke Barcelona selepas menandatangani kontrak dari Wolves secara pinjaman sehingga akhir musim berakhir. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda