Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    ADAMAS teruskan ujian pintar Sukan SEA

    KUALA LUMPUR, 22 MAC – Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) akan meneruskan usaha membendung penggunaan bahan terlarang dalam kalangan sesetengah atlet, dengan melakukan ujian pintar menjelang dua temasya utama tahun ini, iaitu Sukan SEA dan Sukan Asia.

    Pengarah ADAMAS, Azura Abidin berkata mekanisme ujian pintar itu, akan memberikan tumpuan kepada sukan yang berisiko tinggi dalam penggunaan bahan terlarang untuk meningkatkan prestasi.

    “Ujian pintar ini merangkumi ujian urin dan darah, Athlete Biological Passport dan profil steroid. Kepada atlet-atlet yang akan terlibat di Sukan SEA Kemboja dan Sukan Asia Hangzhou, pengujian di luar pertandingan akan diadakan berdasarkan kepada mekanisme tersebut.

    “ADAMAS telah menyediakan penjangkaan risiko dan membangunkan pelan agihan ujian bagi pelaksanaan program pengujian kawalan doping sepanjang tahun,” katanya kepada Bernama.

    Sukan SEA bakal berlangsung di Phnom Penh bermula 5 hingga 17 Mei ini, manakala Sukan Asia dijadualkan bermula 23 September hingga 8 Oktober ini di Hangzhou, China selepas ditangguhkan setahun kerana pandemik COVID.

    Antara sukan yang mempunyai rekod penyalahgunaan bahan terlarang di Malaysia sejak 2016 ialah angkat berat yang dianggap kritikal, selain bina badan, olahraga, memanah, wusyu, terjun, renang, badminton, bola sepak, judo, tinju, muay thai, hoki serta para powerlifting. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...