Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adat warisan lama suatu ketika dahulu

    Oleh Haji Mohd Daud Abdul Rahman

     

    KEHIDUPAN warga emas pada zaman dahulu sememangnya dipenuhi dengan adat dan kebudayaan.

    Mereka akan memastikan anak-anak mereka didedahkan kepada adat-adat agar ianya diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain, dengan tidak bercampur baur dengan adat budaya bangsa lain. Ianya perlu berlandaskan kepada calak asal Brunei tulen kerana adat dan budaya itu sangat tidak ternilai harganya.

    Pada zaman sekarang, adat-adat permainan budaya lama seperti gulintangan, gendang kayu sedaman, hadrah, budaya menganyam tikar daun bengkuang, takong dan belatak, semua itu sudah hampir pupus. Sementara itu, masyarakat yang tinggal di darat, pastinya akan terlihat penduduk setempat membawa tekiding yang diikat menggunakan tali timbaran, kemudian dibawa di bahagian belakang badan mereka, untuk membawa hasil buah-buahan dan sayur-sayuran mereka dari hutan pada ketika itu. Pada pandangan penulis, adat budaya pada masa ini, terutama ketika menghadiri majlis perkahwinan, sebagai contoh cara pukulan hadrah dari golongan belia dan kanak-kanak sudah tidak sama seperti dahulu. Sebahagian rentak keasliannya kini telah diolah kepada rentak lagu rancak mahupun lagu-lagu moden.

    Sekumpulan kaum hawa kelihatan membawa tekiding untuk membawa buah-buahan hasil dari kebun mereka pada zaman dahulu.
    Budaya lama menganyam tikar daun bengkuang yang diusahakan oleh kaum wanita yang tinggal di kampung pedalaman pada tahun 1970-an.
    Adat memukul gulintangan yang dimainkan oleh masyarakat tempatan ketika itu.
    Sekumpulan belia memainkan hadrah.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda