Thursday, February 20, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    ADB harap AS tingkatkan bantuan

    YOKOHAMA, Jepun, 7 Mei – Ketua Bank Pembangunan Asia (ADB) berkata, beliau berharap Amerika Syarikat akan tampil dan meningkatkan bantuan kepada pembiaya serantau itu meskipun Presiden Donald Trump lebih mengutamakan kerjasama dua hala.

    Presiden ADB, Takehiko Nakao memberitahu wartawan pada satu sidang media di akhir mesyuarat tahunan bank berkenaan bahawa keadaannya tidak begitu memberangsangkan dimana pemegang saham kedua terbesar dalam ADB masih ketiadaan perwakilan tetap mewakili AS selaku pengarah eksekutif.

    Bagi sebuah negara yang merupakan pengasas bersama salah sebuah institusi pembiaya paling berpengaruh di dunia, kehadiran AS pada mesyuarat tahunan ADB bersempena 50 tahun penubuhannya, ‘sangat sedikit.’

    Nakao berkata, beliau berharap Washington akan mencalonkan seorang duta dalam masa terdekat. Banyak lagi kedudukan seperti itu yang belum diisi manakala duta AS ke ADB sebelum ini telah dipanggil balik ke AS bersama-sama dengan ramai lantikan lain dalam pentadbiran sebelum ini.

    Jepun adalah penyumbang terbesar kepada ADB dan memainkan peranan utama dalam pengurusannya. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda