Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ADB lulus pinjaman AS$350 juta untuk Sri Lanka

    MANILA, 29 MEI – Bank Pembangunan Asia (ADB) hari ini meluluskan pinjaman AS$350 juta untuk Sri Lanka yang muflis, menyokong penyelamatan IMF ketika negara itu menghadapi krisis ekonomi terburuknya.

    Pinjaman itu akan membantu menstabilkan ekonomi negara Asia Selatan itu, kata ADB, selepas Sri Lanka kehabisan mata wang asing dan gagal membayar hutang AS$46 bilion sejak setahun lalu.

    Pemberi pinjaman yang berpangkalan di Manila komited untuk menyokong ‘Sri Lanka setelah ia menangani cabaran semasa dan langkah ke arah penstabilan ekonomi, pemulihan mampan dan pertumbuhan inklusif’, kata Presiden ADB, Masatsugu Asakawa.

    Suntikan tunai terbaharu itu datang lebih dua bulan selepas Tabung Kewangan Antarabangsa mengeluarkan AS$330 juta sebagai ansuran pertama daripada AS$2.9 bilion, langkah penyelamatan empat tahun yang dikaitkan dengan Colombo melalui pembaharuan yang menyakitkan.

    “Ketelusan dan komunikasi terbuka adalah penting dalam membina perjanjian sekitar pemulihan semula,” kata ADB dalam satu kenyataan, merujuk kepada rancangan Colombo untuk menswastakan perusahaan negeri. – AFP

    ADB komited untuk menyokong pelan pemulihan Sri Lanka yang muflis. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda