Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ADB lulus pinjaman AS$500 juta bantu peralihan tenaga Indonesia

    JAKARTA, 20 SEPT – Bank Pembangunan Asia (ADB) meluluskan pinjaman berjumlah AS$500 juta bagi membantu Indonesia mempercepatkan peralihan tenaganya.

    Program Peralihan Tenaga Mampu Milik dan Lestari ini akan menyokong pelaksanaan pelbagai langkah dasar untuk membantu negara mencapai sumbangan nasional yang dipertingkatkan serta matlamat pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

    Pengarah ADB untuk Indonesia, Jiro Tominaga dalam satu kenyataan berkata Indonesia kini berada pada persimpangan kritikal dalam usaha peralihan tenaganya.

    Beliau berkata bahawa program pinjaman ini direka untuk menyokong pembangunan dasar kolaboratif, menangani cabaran kompleks dalam sektor itu serta memudahkan peralihan kepada penggunaan tenaga lestari dan bersih.

    Meskipun perkembangan pesat dalam kapasiti penjanaan elektrik berjaya me-ngurangkan banyak masalah kekurangan bekalan tenaga, sistem tenaga negara masih bergantung kepada bahan api fosil seperti arang batu, gas dan diesel, menurut ADB.

    Program ini bertujuan mewujudkan rangka kerja dasar dan kawal selia yang kukuh bagi peralihan kepada tenaga bersih, memperkukuh tadbir urus sektor, memastikan kemampanan kewangan serta memastikan peralihan yang adil dan inklusif.

    Kerjasama ini melibatkan ADB dan rakan kongsi pembiayaan bersama, Agence Francaise de Developpement serta Kerjasama Pembangunan Jerman melalui KfW, bagi menyokong peralihan tenaga di Indonesia. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda