Friday, April 25, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ADB peruntuk hampir AS$40 bilion bagi pembangunan seluruh Asia Pasifik

    KUALA LUMPUR, 24 APRIL – Bank Pembangunan Asia (ADB) komited menyediakan AS$24.3 bi-lion daripada sumbernya sendiri tahun lepas selain AS$14.9 bilion dari segi pembiayaan bersama dengan rakan kongsinya dalam menangani pelbagai cabaran pembangunan yang kompleks di Asia Pasifik.

    Dalam kenyataan hari ini, katanya angka berkenaan merangkumi pinjaman, geran, pelaburan ekuiti, jaminan dan bantuan teknikal yang diberikan kepada kerajaan dan sektor swasta.

    Menurut Laporan Tahunan ADB 2024 yang diterbitkan hari ini, bank itu mewujudkan sejuta pekerjaan pada 2024 dengan komitmen memperuntukkan AS$4.8 bilion melalui projek dan program sektor swastanya, dengan kenaikan 28.5 peratus daripada 2023.

    ADB turut menekankan bahawa kerjasamanya dengan kerajaan, institusi kewangan dan pelabur telah menyokong persekitaran perniagaan yang kondusif, mengukuhkan pasaran modal dan merangsang perdagangan.

    “Dengan peningkatan keupayaan kewangan dan fokus strategik yang lebih jelas, ADB menjadikan komitmen ini kepada hasil yang dapat dilihat,” kata Presiden ADB, Masato Kanda. – Bernama

    Masato Kanda menyampaikan ucaptama semasa pelancaran Pelan Tindakan Dana Infrastruktur ASEAN (AIF) 2025–2028 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 10 April. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda