Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ade Govinda bergelar bapa

    Gitaris dan pencipta lagu dari Indonesia, Ade Govinda kini bergelar seorang bapa, lapor hot.detik.com. Dia dan isteri, Indi Arisa berkongsi kegembiraan itu setelah dikurniakan cahaya mata pertama mereka.

    “Sekarang sibuk menguruskan anak yang baru lahir. Kelmarin bererti umurnya baru tujuh hari,” ujar Ade Govinda ditemui di Studio Rumpi No Secret Trans TV baru-baru ini.

    Meskipun baru beberapa hari menjadi bapa, Ade mengungkapkan kebahagiaan yang luar biasa dan mendedahkan bahawa sebelum ini dia ingin untuk memiliki anak.

    “Bahagia. Semestinya ada kegiatan baharu. Dan yang pasti juga, sudah lama sekali ingin mempunyai anak. Tapi baru sahaja bernikah. Jadi Alhamdulillah dimakbulkan,” ungkapnya.

    Sebagai bapa baharu, Ade juga tidak segan membantu dalam menjaga anaknya. Dia mengaku ikut berjaga setiap malam dan berbagi tugas dengan istri.

    Ade mengakui pada awalnya dia merasa takut untuk memegang anak damit kerana tubuhnya yang terlihat begitu kecil dan lembik. Namun kini, dia sudah terbiasa.

    Ade juga turut berkongsi keinginannya terhadap masa depan anaknya itu. Dia ingin anaknya menjadi penerusnya sebagai pemuzik ataupun atlet.

    “Ya anaknya lelaki. Pasti menjadi penerus generasiku. Insya-Allah teringin sangat dia menjadi ahli muzik. Mungkin olahragawan atau atlet. Saya juga ingin mempunyai anak yang jadi atlet,” katanya.

    Ade semakin menghargai perempuan setelah menyaksikan sendiri perjuangan istri dari masa kehamilan hingga persalinan. Dia menyedari bahawa menjadi ibu adalah perjuangan yang luar biasa. – Agensi

    Ade berkongsi kegembiraan setelah dikurniakan cahaya mata pertama. – Liputan6.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda