Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adelaide tuan rumah kejohanan dunia bola tampar pantai FIVB 2025

    GENEVA, 17 OKT – Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) kelmarin mengumumkan Adelaide, Australia akan menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia Bola Tampar Pantai FIVB 2025, lapor Xinhua.

    Pengumuman itu dibuat setelah edisi 2023 kejohanan berakhir di Tlaxcala, Mexico, pada Isnin.

    Ini kali pertama Australia menjadi tuan rumah kejohanan dunia bola tampar pantai.

    Majlis menandatangani perjanjian itu diadakan menjelang pusingan akhir kejohanan di Mexico.

    “Kami gembira kejohanan itu akan diadakan di Australia buat kali pertama dalam sejarah. Australia memiliki semua ‘ramuan’ untuk menganjurkan acara menakjubkan ini dan saya yakin mereka akan dapat melakukannya,” kata presiden FIVB, Ary S Graca. – Bernama 

    Gambar Unsplash

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda