Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adele akui terluka dengan komen warganet

    Penyanyi Adele, meluahkan rasa kecewa terhadap komen warganet mengenai penurunan berat badannya yang drastik selepas bersenam selama sekitar tiga tahun.

    Menerusi temubualnya bersama Vogue, Adele memberitahu bahawa tubuh badannya menjadi tumpuan sepanjang karier sebagai seorang penyanyi.

    “Tubuh saya telah menjadi objektif sepanjang karier saya. Bukan hanya sekarang. Saya faham mengapa ia mengejutkan. Saya faham mengapa sesetengah wanita terluka.

    Secara visualnya, saya mewakili banyak wanita. Tetapi saya masih orang yang sama,” dedah Adele

    Tambahnya, beliau akui komen warganet mengenai tubuh badannya telah menyakitkan perasaanya.

    Adele, meluahkan rasa kecewa terhadap komen warganet mengenai penurunan berat badannya yang drastik selepas bersenam selama sekitar tiga tahun. – Agensi

    “Dan bahagian yang paling terburuk adalah perbualan kejam yang dilakukan oleh wanita lain mengenai tubuh badan saya. Saya sangat kecewa dengan itu. Ia menyakitkan perasaan saya,” luah Adele.

    Penyanyi Rolling In The Deep ini memberitahu beliau menyedari peminat terkejut dengan tubuh badannya yang langsing selepas memuatnaik foto dirinya di Instagram pada Mei 2020 dan menyatakan bahawa beliau tidak akan pernah berkongsi proses untuk langsing secara dalam talian.

    Menerusi American Vogue, Adele memberitahu bahawa sebahagian daripada perjalanan kesihatannya bermula kerana pergi ke gimnasium untuk membantu meredakan segala anxiety dengan lebih baik.

    “Ia menjadi masa saya. Saya menyedari bahawa ketika saya bersenam, saya tidak mempunyai anxiety. Ia bukan mengenai menghilangkan berat badan.

    “Saya berfikir, jika saya boleh menjadikan badan saya kuat secara fizikal, dan saya dapat rasa dan melihatnya, kemudian mungkin suatu hari nanti saya dapat membuatkan emosi dan minda saya kuat secara fizikal,” kata Adele.

    Penyanyi ini mendedahkan bahawa beliau tidak melakukan sebarang diet dan intermittent fasting. Sebaliknya, beliau hanya bersenam sebanyak dua atau tiga kali sehari dan mengangkat berat pada waktu pagi.

    Selain itu, Adele turut melakukan kardio pada waktu malam, sering mendaki dan bertinju pada waktu petang. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda