Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adele berkomunikasi dengan bahasa isyarat

    MASALAH peti suara yang dialami penyanyi popular Adele sejak beberapa tahun kebelakangan ini mula memberi kesan kepada karier nyanyiannya sehingga terpaksa membatalkan konsert jelajah dunianya.

    Penyanyi berusia 29 tahun itu dikhabarkan kehilangan suara sehingga terpaksa belajar menggunakan bahasa isyarat.

    Seperti dipetik The Sun, sumber memberitahu Adele mula berkomunikasi dengan orang sekeliling menggunakan bahasa isyarat bagi mengurangkan penggunaan suara agar kerosakan peti suaranya tidak bertambah teruk.

    “Adele sama sekali tiada suara sekarang ini. Dia tidak menjawab sebarang pertanyaan orang yang tidak tahu tentang masalah suaranya.

    Adele mula berkomunikasi dengan orang sekeliling menggunakan bahasa isyarat bagi mengurangkan penggunaan suara agar kerosakan peti suaranya tidak bertambah teruk.
    Adele mula berkomunikasi dengan orang sekeliling menggunakan bahasa isyarat bagi mengurangkan penggunaan suara agar kerosakan peti suaranya tidak bertambah teruk.

    “Dia juga menggunakan bahasa isyarat dengan orang sekelilingnya dan terlalu kecewa dengan perkara itu,” ujar sumber.

    Bagaimanapun, peminat setia penyanyi itu tetap memberi sokongan dan semangat kepadanya.

    Biarpun terpaksa membatalkan konsert jelajahnya, wanita bersuara emas ini dijangka bakal muncul dengan album terbarunya tidak lama lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda