Tuesday, April 22, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adele impikan genggam segulung ijazah

    Penyanyi Adele berazam merealisasikan impian menggenggam segulung ijazah meskipun terpaksa melupakan karier nyanyian buat seketika.

    Adele berkata, sejak kecil dia cukup meminati kesusasteraan Inggeris dan bercadang menyambung pengajian dalam bidang berkenaan.

    Kata penyanyi lagu Someone Like You ini, dia sudah lama mengimpikan dapat masuk ke universiti seperti orang lain dan mahu merasai pengalaman bergelar pelajar.

    “Saya boleh gunakan ilmu sastera Inggeris ini dalam apa juga bidang apabila tamat kelak.

    “Jika saya tidak lagi menyanyi, saya boleh menjadi seorang guru dan memang berharap dapat melangkahkan kaki ke universiti,” katanya seperti dilaporkan media.

    Kata Adele, dia merancang menyambung pengajian selepas tamat kontrak persembahan residen di Las Vegas pada 2025.

    Sementara itu, Adele baharu sahaja melancarkan muzik video single terbaharu daripada album 30. – Agensi

    Adele berkata, sejak kecil dia cukup meminati kesusasteraan Inggeris dan bercadang menyambung pengajian dalam bidang berkenaan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda