Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adele tangguh 10 tarikh konsert di Las Vegas

    Penyanyi Adele mengumumkan dia terpaksa membatalkan baki persembahan residen di Las Vegas, Amerika Syarikat susulan masalah kesihatan yang dialami.

    Adele, 36, memaklumkan dia tidak mendapatkan rehat secukupnya dan disebabkan itu, ia memberikan kesan kepada peti suaranya.

    Atas nasihat doktor, dia diminta untuk berehat sebelum kembali memulakan persembahan.

    “Saya terpaksa menangguhkan persembahan di Las Vegas. Saya belum pulih sepenuhnya dalam persembahan sebelum ini dan sekarang kembali sakit. Ia memberikan kesan kepada suara saya.

    “Saya tiada pilihan melainkan berehat dan itu atas nasihat doktor,” katanya.

    Menurut mStar, Adele menulis perkara tersebut di laman sosial miliknya pada Rabu dan menyenaraikan 10 tarikh persembahan yang terpaksa dibatalkan sepanjang Mac ini.

    Dalam satu persembahan bertempat di The Colosseum, Caesars Palace baru-baru ini, Adele juga berkongsi masalah tersebut bersama penonton namun tetap berjaya menghabiskan nyanyian pada malam berkenaan.

    “Saya yakin awda dapat mendengar suara saya yang berbeza. Saya tidak dapat tidur yang cukup dan penat.

    “Saya tidak boleh capai nota lagu dengan betul. Bayangkan betapa sukarnya saya tidak dapat bercakap dengan orang selama tiga hari kerana perlu berehat,” jelasnya ketika bercakap kepada penonton. – Agensi

    Masalah peti suara beri kesan kepada persembahan Adele. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda