Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adele terap kisah cerai dalam album

    PENYANYI Adele mengakui terpaksa berdepan fasa sukar selama beberapa bulan sebelum memutuskan untuk berpisah dengan suaminya, Simon Konecki. Penyanyi yang popular dengan lagu Hello ini berkongsi kisah penuh emosi itu menerusi posting di Instagram ketika meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-31.

    Menurut Adele, kemelut rumah tangga yang melanda dia dan bekas suami banyak memberi kesan sekaligus mengubah dirinya. “Saya kini berusia 31 tahun… Syukur! Ia terlalu sukar buat saya namun saya sudah melakukan yang terbaik untuk menempuhinya. Perkara yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini banyak mengubah saya dan akan terus berubah. Tetapi tidak mengapa kerana tahun ini bakal memperlihatkan perubahan terbesar dalam kehidupan saya,” katanya.

    Sementara itu, Adele turut memberi bayangan bakal muncul dengan single yang diinspirasikan daripada kisah hidupnya untuk album akan datang.

    Terdahulu, penyanyi kelahiran London itu mendedahkan rumah tangganya mula bergolak sejak sambutan Krismas 2018 sebelum mengumumkan sudah bercerai dengan suaminya beberapa minggu lalu. – Agensi

    Penyanyi kelahiran London itu mendedahkan rumah tangganya mula bergolak sejak sambutan Krismas 2018 sebelum mengumumkan sudah bercerai dengan suaminya beberapa minggu lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda