Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adele umum rehat panjang

    Selepas album berjudul 30 yang dilancarkan pada 2021, penyanyi Adele tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghasilkan karya baharu.

    Malah kata Adele, 36, dia mahu mengambil tempoh rehat dari melakukan sebarang aktiviti melibatkan karier muzik selepas persembahan residen di Las Vegas tahun ini tamat.

    Menerusi satu temu bual, penyanyi asal United Kingdom ini juga memberi gambaran dia tidak sudah lama tidak menulis atau menggubah sebarang lagu baharu.

    “Saya langsung tiada perancangan untuk lagu baharu. ‘Tangki’ saya kosong sekarang ini. Saya mahu merehat panjang dan melakukan perkara lain buat seketika,” katanya.

    Bukan itu sahaja, penyanyi Easy On Me ini juga secara berseloroh mendedahkan dia sudah lama tidak berlatih menyanyi di rumah seperti kebiasaan dilakukan sebelum ini.

    “Pelik juga sekarang ini saya tidak lagi menyanyi di rumah,” ujarnya. – Agensi

    Adele beri gambaran tidak akan keluarkan lagu baharu dalam masa terdekat. – mStar

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda