Saturday, November 16, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adi Putra dapat ilham di Madinah

    Impian pelakon Datuk Adi Putra bergelar pengarah filem akhirnya terlaksana apabila karya pertamanya berjudul Syaaban bakal menemui penonton di pawagam pada 29 Jun ini. Adi atau Mohamed Hadi Putra Halim, 42, berkata, dia mendapat ilham untuk menghasilkan filem itu sejurus pulang dari Tanah Suci Mekah empat tahun lalu.

    “Bukan impian saya untuk menjadi seorang penerbit atau pengarah tapi idea menghasilkan filem ini tercetus pada tahun 2019 yang mana saya mahu hasilkan sebuah filem amal.

    “Ketika itu saya berada di Madinah, sebaik sahaja pulang ke Malaysia, terus dapat ilham untuk menghasilkan Syaaban,” katanya kepada mStar.

    Adi berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media filem Syaaban yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Sabtu. Bercakap lanjut mengenai karya itu, Adi berkata, ia diinspirasikan daripada filem Indonesia berjudul Kiamat Sudah Dekat arahan Deddy Mizwar dan dibintangi oleh Andre Taulany, Deddy Mizwar, Ayu Pratiwi dan Nazar Amir pada 2003.

    Adi memberitahu dia menghasilkan filem ini bukan untuk bersaing dengan naskhah hebat lain sebaliknya ingin menyedarkan penonton tentang ilmu akhirat. Malah keuntungan yang bakal diperolehi nanti akan disalurkan kepada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) serta sekolah tahfiz yang memerlukan.

    “Saya menghasilkan filem ini kerana ramai yang terlalu sibuk dengan duniawi sehingga lupa apa yang harus kita kejarkan.

    “Saya percaya sehebat-hebat kutipan tak sehebat pada pandangan Allah SWT. “Jadi kutipan nanti akan disalurkan dan diagih kepada NGO yang menyokong salah satunya di bawah Ustaz Wadi dan juga mahaad tahfiz seluruh Asia,” ujarnya. – Agensi

    Adi berharap filem Syaaban menerima sambutan daripada penonton.- mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda