Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Adi Putra setuju bawa watak Mat Kilau

    Selepas dua kali menolak tawaran memegang watak utama dalam filem terbaharu Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, pelakon Datuk Adi Putra akhirnya akur menerima pelawaan pengarah Syamsul Yusof.

    Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 41, berkata dia bersetuju menerima tawaran itu selepas melihat kesungguhan Syamsul dan mahu mencabar diri mengangkat nama tokoh terkenal itu.

    “Sebenarnya sudah dua kali saya tolak untuk berlakon filem ini, tetapi saya terima kerana memikirkan ini adalah satu cabaran untuk mengangkat nama besar Mat Kilau. Terima kasih kepada Syamsul kerana memberi peluang.

    “Saya sendiri tidak tahu kenapa dia begitu mahukan saya berlakon. Cuma dia pernah katakan saya sesuai untuk watak ini” katanya kepada wartawan.

    Adi ditemui ketika majlis tayangan perdana filem tersebut yang berlangsung di GSC The Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

    Adi Putra akhirnya menerima tawaran Syamsul Yusof untuk memegang peranan Mat Kilau dalam filem baharunya. – Agensi

    Mengulas tentang filem tersebut, Adi berkata dia mahukan karya ini dapat memberi pengajaran kepada generasi muda tentang erti perjuangan seorang tokoh besar negara selain nilai persahabatan yang dipaparkan.

    “Menerusi filem ini orang ramai lebih tahu siapa Mat Kilau dan dapat menimba ilmu tentang erti perjuangan serta persahabatan. Ia bukan sekadar filem untuk hiburan.

    “Rasanya generasi sekarang sudah cukup matang dan lebih intelektual. Mereka akan dapat nilai-nilai baik untuk bangkitkan semangat jitu,” ujarnya.

    Selain Adi, filem terbitan Studio Kembara ini turut menampilkan Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan Asari, dan Ali Karimi.

    Ia juga dibintangi oleh pelakon veteran hebat seperti Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Shaharuddin Thamby, Datuk Rahim Razali, Mubarak Majid, A Galak serta pelakon Indonesia Yayan Ruhian.

    Filem ini mengangkat kisah perjuangan tokoh Mat Kilau yang menentang penjajah Britain di Tanah Melayu dengan latar belakang sekitar tahun 1982.

    Ia bakal ditayangkan di pawagam bermula 23 Jun ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...