Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adi Said pamer kemampuan beraksi dalam, luar negara

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Bekas kelab Adi Said, UiTM FC kembali beraksi secara kompetitif dalam Liga Super Malaysia 2020 baru-baru ini selepas ditangguhkan sementara berikutan dengan penularan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

    Pasukan dikenali sebagai Lion Troops yang baru dinaikkan itu telah mencatatkan kemenangan 1-0 menentang Felda United di Stadium Tun Abdul Razak sekali gus mendaki ke tangga kelima.

    Semasa perlawanan tersebut, pemain antarabangsa Filipina, Mark Hartmann, menjaringkan satu-satunya gol pada minit ke-39.

    Adi Said, yang ketika ini beraksi untuk Kota Ranger FC, menghabiskan separuh pertama musim lalu bersama UiTM FC, menjadikannya pemain bola sepak pertama Brunei yang beraksi untuk pasukan luar negara dalam liga profesional.

    Pemain penyerang itu menarik minat kelab berkenaan selepas aksinya yang memberangsangkan pada Liga Perdana Singapura musim sebelumnya dan mencatat 11 gol, 10 assist di samping pemain Albirex Niigata (S), Riku Moriyasu.

    Adi Said ketika bersama Pasukan Kota Ranger FC.

    Pemain antarabangsa Brunei itu seterusnya memberikan impak kepada bekas kelabnya UiTM FC selepas menjaringkan dua gol dalam debut Liga Perdana Malaysia dalam aksi kemenangan 3-1 menentang PDRM FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

    Adi memperlihatkan kemunculannya dalam bola sepak Malaysia selepas memberi impak kepada kelabnya dan membantu mereka untuk berada di tangga teratas dengan kemenangan 2-1 ke atas Sarawak pada Mei tahun lalu.

    Adi kemudiannya kembali bergabung dengan DPMM FC di Liga Perdana Singapura dan memenangi gelaran liga selepas memainkan peranan penting pada separuh kedua musim ini.

    Awal musim ini, Adi melakukan hatrik untuk majikan baharunya, Kota Ranger FC dalam kemenangan 3-1 menentang MS ABDB dalam Piala Sumbangsih.

    UiTM FC dijadualkan menentang Pahang dalam perlawanan liga seterusnya Sabtu ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda