Wednesday, January 29, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adibah Noor jaga kesihatan kerana faktor usia

    Penampilan terbaharu penyanyi Adibah Noor yang dilihat semakin kurus berbanding sebelum ini mencuri tumpuan ramai.

    Adibah, 52, yang berkongsi foto terkini di laman Instagram kelmarin, menerima pelbagai respons warganet yang kagum dengan imej baharunya itu.

    Adibah atau nama penuhnya Adibah Noor Mohd Omar bagaimanapun enggan mendedahkan berapa berat badannya sekarang ini termasuk jumlah kilogram yang berjaya diturunkan dalam tempoh dua bulan mengamalkan cara tersebut.

    “Sudah tiba masanya saya menjaga kesihatan sebab faktor usia.

    “Kalau dahulu boleh makan nasi lemak tiga bungkus sekarang hanya satu sahaja. Mula-mula memang susah nak amalkan, namun sekarang sudah biasa.

    “Saya juga amalkan senaman ringan berjalan-jalan sekitar kawasan rumah sahaja,” ujarnya kepada mStar. Berkongsi amalan pemakanannya, Adibah berkata, dia hanya mengambil enam suapan setiap kali makan untuk mendapatkan bentuk badannya seperti sekarang ini.

    “Saya jauhkan minuman bergula dan hadkan makan enam suap sahaja setiap kali makan.

    “Selain itu saya tidak mengambil makanan yang diproses. Sebagai contoh kalau beli burger di tepi jalan, saya akan cari gerai yang membuat dagingnya sendiri dan bukan telah diproses.

    “Saya akan cari makanan yang dimasak segar dan tidak menggunakan makanan yang diproses atau dalam tin,” katanya. – Agensi

    Adibah berjaya turunkan berat badan dengan amalan diet sendiri. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda