FRANKFURT, 29 APRIL – Syarikat gergasi pakaian sukan Jerman, Adidas hari ini memberi amaran tentang tarif Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan meningkatkan harga produknya di AS, dan dasar perdagangan yang keterlaluan mungkin menjejaskan pemulihannya yang berterusan.
Syarikat itu membuat sebahagian besar barangannya di negara-negara Asia yang dipilih Trump kerana menjalankan lebihan perdagangan besar dengan AS, termasuk China, yang menghadapi tarif tertinggi AS.
Ketua Pegawai Eksekutif, Bjorn Gulden berkata, “Adidas telah mengurangkan eksportnya dari China ke AS pada tahap minimum, dan menambah syarikat itu masih terdedah kepada tarif yang sangat tinggi pada masa ini.
“Apa yang lebih teruk bagi kami adalah kenaikan umum tarif AS dari semua negara lain,” katanya sambil menambah ia akhirnya akan menyebabkan kos yang lebih tinggi untuk semua produk kami bagi pasaran AS.”
Beliau berkata pada masa ini mustahil untuk mengetahui berapa banyak harga yang mungkin naik atau membuat kesimpulan tentang kesannya terhadap permintaan pengguna.
Kebanyakan pengeluaran Adidas berpusat di negara Asia termasuk Vietnam, Indonesia dan Bangladesh. AS adalah pasaran utama untuk Adidas dan tahun lepas kumpulan itu memperoleh lebih satu perlima daripada jualannya di sana. – AFP
