Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adik Amber Heard kutuk MTV!

    Adik pelakon Amber Heard iaitu Whitney Heard mengutuk tindakan MTV kerana menampilkan Johnny Depp pada acara MTV Anugerah Muzik Video (VMA) 2022 pada Isnin lalu.

    Selain menyifatkan tindakan penganjur tersebut tidak adil, Whitney Heard turut menyindir kakitangan MTV.

    “Kamu menjijikkan dan kelihatan berputus asa.

    “Saya benar-benar berharap tiada satu pun antara mereka yang membuat keputusan itu mempunyai anak perempuan,” katanya di Instagram.

    Penampilan Depp dalam MTV VMA 2022 digambarkan sebagai Moon Person dengan mengenakan pakaian angkasawan.

    Moon Person merupakan ikon MTV VMA sebagai lambang penghormatan apabila MTV pertama kali ditayangkan pada 1981 bagi rakaman detik pendaratan Apollo 11 di bulan. – Agensi

    Whitney Heard mengutuk tindakan MTV kerana menampilkan Johnny Depp pada acara MTV VMA 2022 baru-baru ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda