Tuesday, March 18, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adik-beradik bunuh bapa kerana didera

    MOSCOW, 3 DIS – Penyiasat berkata hari ini dua adik-beradik perempuan yang membunuh bapa mereka selepas didera bertahun lamanya harus menghadapi dakwaan bunuh, dalam kes yang memaparkan rekod yang teruk mengenai keganasan domestik di Rusia.

    Tiga adik perempuan, Krestina, Angelina dan Maria Khachaturyan, menikam bapa mereka, Mikhail, hingga mati pada Julai 2018 selepas menderita serangan seksual dan pembelasahan bertahun-tahun lamanya.

    Mereka berusia 17, 18 dan 19 tahun pada masa itu.

    Kes mereka mencetuskan bantahan dan gesaan meminta wanita menerima bantuan psikologi dan bukannya dihantar ke penjara.

    Tidak adanya undang-undang khusus ke atas keganasan domestik di Rusia dan aktivis telah lama menuduh pihak berkuasa menutup mata kepada penganiayaan tersebut.

    Gambar fail diambil pada 26 Jun menunjukkan Krestina Khachaturyan, seorang daripada tiga adik-beradik remaja yang dituduh membunuh bapa mereka, menghadiri perbicaraan di mahkamah di Moscow. – AFP

    Jawatankuasa Siasatan Rusia berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa ia telah menyelesai siasatan dalam pembunuhan dan mencadangkan dakwaan membunuh dirancang terlebih dahulu ke atas dua adik-beradik yang lebih tua, Krestina dan Angelina, kini berusia 21 dan 19 tahun.

    Siasatan memutuskan adik-beradik menikam bapa mereka dengan pisau dan memukulnya dengan tukul, meng-akibat kecederaan yang membawa maut.

    Ia merujuk kepada ‘keadaan ringan’ namun berkata kedua adik-beradik yang lebih tua mempunyai fikiran waras dan sedar perbuatan mereka pada masa serangan.

    Mereka menghadapi hukuman penjara 20 tahun jika disabit bersalah.

    Penyiasat menyarankan adik bongsu, Maria, harus diberi penjagaan psikiatrik mandatori.

    Peguam dan aktivis berkata remaja berkenaan dipaksa bertindak untuk menyelamatkan nyawa mereka, menyalahkan undang-undang perlindungan yang lemah untuk mangsa penderaan.

    Mari Davtyan, peguam untuk Angelina, memberitahu AFP kes tersebut tidak patut dibicarakan kerana adik-beradik ‘menggunakan kekerasan yang wajar dalam mempertahankan diri.’ – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda