Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adik-beradik terima bantuan

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Dua beradik yang merupakan pelajar IBTE Kampus Mekanikal, hari ini, menerima bantuan berupa barangan keperluan di bawah Program At-Tabarru’ Bil Khairat.

    Penyampaian bantuan kepada Awang Muhammad Marzuqi bin Abdullah dan Awang Muhammad Rafie bin Roslan itu disampaikan di kediaman mereka di Kampung Rimba.

    Hadir menyampaikan bantuan berkenaan ialah Pemangku Pengarah Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dayang Hajijah binti Haji Moktal.

    Sumbangan tersebut adalah dari Jabatan Pengajian Islam (JPI), guru-guru IRK IBTE, IBTE Pusat dari Kampus Pusat Latihan Mekanik, Sultan Saiful Rijal, Nakhoda Ragam, Perniagaan serta Kampus Agro Teknologi dan Jefri Bolkiah dari IBTE Satelit.

    Bapa penerima bantuan berkenaan, Awang Roslan bin Haji Awang Besar telah kembali ke rahmatullah pada 13 Oktober 2016 setelah menghadapi sakit paru-paru berkuman.

    Gambar ramai wakil dari jabatan-jabatan yang menghulurkan sumbangan dan penerima.
    Gambar ramai wakil dari jabatan-jabatan yang menghulurkan sumbangan dan penerima.

    Kedua-dua pelajar dalam bidang ISQ 6 / Rigger itu mempunyai seorang adik perempuan, Dayang Nuryasmin binti Roslan yang baru selesai menduduki Peperiksaan ‘O’ Level tahun 11.

    Manakala itu, ibu mereka Dayang Nurizzah binti Abdullah merupakan seorang balu warga Filipina berstatus mualaf dan bekerja sebagai pembersih sementara di tempat suaminya bekerja sebagai ihsan daripada syarikat Perindustrian Kecil Kerajaan, Kompleks Beribi II, Kampung Beribi dengan pendapatan $300 sahaja.

    Program At-Tabarru’ Bil Khairat yang diadakan buat kali kelima itu dikendalikan oleh Unit Teknikal dan Vokasional, Bahagian IRK, Jabatan Pengajian Islam, KHEU dan melibatkan pelajar-pelajar IBTE.

    Objektif program adalah untuk mendedahkan penuntut-penuntut tentang khidmat masyarakat atau sukarelawan kepada yang memerlukan dan mempromosi persefahaman masyarakat tentang keamanan dan nilai-nilai keagamaan yang mesti ada dalam diri setiap individu.

    Di samping itu juga untuk merealisasikan semangat keprihatinan serta tekad pemedulian pelajar terhadap kesejahteraan masyarakat dan dapat menyemarakkan lagi bulan Ramadan dengan melakukan amalan-amalan kerohanian dalam diri pelajar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda