Khamis, November 20, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Adik doakan mama sentiasa diberkati, dilindungi Allah’

    Pelakon Malaysia, Anna Jobling yang meraikan ulang tahun kelahiran ke-25 baru-baru ini menzahirkan rasa syukur dan ucapan terima kasih buat insan paling istimewa dalam hidupnya, ibunda tercinta, Ariz Arop.

    Menerusi hantaran di Instagram Story, bintang drama fenomena Melur Untuk Firdaus itu turut memuat naik foto kenangan zaman kanak-kanak, sekali gus mengenang pengorbanan ibunya membesarkan dirinya.

    “Terima kasih banyak-banyak di atas semua ucapan hari lahir. Anna baca semuanya, ketahuilah setiap mesej amat bermakna buat saya.

    “Terima kasih juga buat mama kerana melahirkan dan membesarkan adik. Adik doakan mama sentiasa diberkati dan dilindungi Allah,” tulisnya.

    Anna atau nama sebenarnya Anna Elissa Gustin turut melahirkan penghargaan buat rakan-rakan dan peminat yang tidak ketinggalan menitipkan ucapan hari lahir.

    Mengakhiri ucapan, Anna berkata dia berasa bertuah kerana sentiasa dikelilingi insan hebat dan mendoakan agar fasa baharu kehidupannya dipermudahkan.

    “Doakan yang terbaik untuk Anna dalam melangkah ke fasa baru ini,” katanya. – Agensi

    Anna menzahirkan rasa syukur dan ucapan terima kasih buat ibunya sempena ulang tahun kelahirannya ke-25. – ANN/The Star
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda