Penampilan penyanyi popular Indonesia Mahalini semasa bercuti bersama keluarga di Belgium menarik perhatian ramai peminat.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram adik iparnya iaitu Putri Delina, Mahalini tampil anggun menggayakan selendang dengan memakai seperti hijab.
Bersama perkongsian video itu, Putri turut mengucapkan selamat hari bapa dan meminta pengikutnya menonton hantaran kedua yang dimuat naik merujuk kepada video spontan Mahalini, kongsi mStar.
“Selamat hari bapa, terdapat bonus di slaid kedua ya,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat meninggalkan komen memuji kecantikan dan penampilan Mahalini walaupun hanya berselendang ringkas.
Malah ada juga peminat yang mendoakannya agar suatu hari nanti Mahalini diberikan hidayah untuk berhijrah sepenuhnya.
“Mahalini bertambah cantik apabila memakai tudung.
“Kak Lini pakai senget-senget pun sudah cantik, apatah lagi kalau pakai tudung dengan cara yang betul.
“Masya Allah Mahalini, cantik sekali kalau awak memakai tudung. Saya mendoakan awak dapat berhijrah dan dapat mengenakan hijab dengan sempurna,” komen warganet. – Agensi