Tuesday, February 25, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adik Lonzo Ball disyaki mencuri

    SHANGHAI, 8 Nov – LiAngelo Ball, adik lelaki kepada bintang Los Angeles Lakers, Lonzo Ball, adalah di antara tiga pemain bola keranjang kolej yang ditahan di China kerana disyaki mencuri, menurut laporan media AS hari ini.

    Ball, yang bersama pasukan bola keranjang UCLA menjelang perlawanan musim pembukaan mereka menentang Georgia Tech di Shanghai pada Sabtu ini, ditahan bersama rakan sepasukan Cody Riley dan Jalen Hill, ESPN melaporkan.

    Jurucakap kerajaan Hangzhou mengesahkannya kepada AFP bahawa tiga warga AS ditahan atas dakwaan mencuri tetapi merujuk kepada penyiasatan lanjut polis, yang tidak dapat dihubungi.

    ESPN berkata pemain-pemain tersebut ditahan semalam selepas sekitar 20 pegawai polis berada di hotel mereka di Hangzhou berhampiran Shanghai, di mana pasukan itu mengadakan tinjauan ter-hadap kampus korporat bagi gergasi e-perdagangan China, Alibaba, penaja perlawanan tersebut.

    ESPN telah melaporkan polis telah menyiasat ahli–ahli kedua buah pasukan di hotel tersebut sebelum membawa tiga pemain UCLA terbabit.

    Nasib para pemain tersebut akan diketahui hari ini, dan sama ada mereka akan menghadapi dakwaan, masih lagi tidak jelas. Mencuri boleh membawa hukuman penjara selama beberapa tahun di China.

    Seorang pegawai Jabatan Negara AS memberitahu AFP: “Kami sedar mengenai laporan tiga warga AS yang ditahan di China dan bersedia membantu.”

    Pegawai terbabit enggan untuk memberikan maklumat lebih lanjut.

    UCLA semalam berkata ia “sedar dengan keadaan yang melibatkan atlet-atlet penuntut UCLA” dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa setempat, tetapi enggan untuk mengulas.

    Georgia Tech berkata tidak seorang pun daripada atletnya terlibat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda