Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Adik malas cari kerja, keluarga risau masa depan

    Aku masih ingat hari ketika adik perempuanku, Afiqah, memberitahu kami bahawa dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka idamannya, Arif, dalam masa tiga bulan lagi.

    Khabar gembira itu membawa sinar bahagia kepada seluruh keluarga, namun ada satu perkara yang merisaukan kami, terutamanya aku sebagai kakaknya.

    Afiqah masih belum mempunyai pekerjaan tetap, dan aku tahu dia terlalu memilih pekerjaan yang sesuai dengan cita rasanya.

    Setiap kali kami berbual mengenai masa depannya, Afiqah selalu meyakinkan kami bahawa Arif mampu menanggung kos sara hidup mereka nanti.

    Arif memiliki tanah pusaka warisan keluarganya dan bagi adikku, itu sudah cukup untuk menjamin kehidupan yang selesa. Namun, hatiku tetap bimbang.

    Gambar Freepik

    Aku tahu kehidupan berumah tangga bukan hanya bergantung pada harta, tetapi juga pada usaha dan kestabilan kewangan dari kedua-dua belah pihak.

    Minggu lalu, aku cuba bercakap dengan adikku mengenai kepentingan mempunyai pekerjaan sendiri.

    “Fiqah, memang benar kalau diikutkan ketika ini Arif masih mampu menanggung segala-galanya, tapi macam mana nanti kalau keadaan berubah? Sekurang-kurangnya, awak ada keraja yang boleh membantu meringankan beban,” kataku penuh harapan.

    Namun, adikku hanya tersenyum dan berkata, “Kaka tidak perlulah risau, semuanya akan baik-baik saja.”

    Hari demi hari berlalu, dan tarikh perkahwinan semakin dekat. Adikku masih dengan sikap malasnya mencari pekerjaan.

    Aku semakin buntu dan tidak tahu bagaimana lagi untuk menyedarkannya.

    Keluarga kami juga mula merasa resah, namun kami tidak mahu merosakkan kegembiraan menjelang hari bahagianya.

    Aku hanya mampu berdoa agar adikku segera menyedari kepentingan kestabilan kewangan dan tanggungjawab bersama dalam rumah tangga.

    Melalui kisah ani, aku ingin meminta pendapat dan nasihat daripada orang ramai.

    Adakah aku terlalu bimbang, atau adakah adikku benar dalam pilihannya?

    Nisah

    NASIHAT DANG MP

    Terima kasih atas perkongsian awda. Untuk mengatasi situasi ini, selain memberikan nasihat dan berbincang, sekurang-kurangnya bantulah adik awda mengatur sesi pertemuan dengan penasihat kewangan untuk adik awda dan tunangnya, mengajak dia menghadiri bengkel pengurusan kewangan, serta bersama-sama mencari peluang pekerjaan melalui pameran kerjaya dan temuduga terbuka.

    Selain itu, mereka boleh menetapkan matlamat kewangan pra-perkahwinan dan memberi contoh dengan berkongsi pengalaman peribadi.

    Sebagai langkah tambahan, menawarkan latihan atau pekerjaan sementara melalui kenalan juga dapat membantu. Hal ini terbukti apabila sepupu saya pernah mengatur sesi dengan penasihat kewangan untuk adiknya sebelum dia berkahwin, dan ia benar-benar membuka mata mereka tentang kepentingan kewangan yang stabil dalam perkahwinan.

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    2 pendaki wanita Brunei tawan puncak Gunung Raung

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV -...

    Dari sulung hingga ke bongsu, 11 beradik pilih laluan pengajian agama

    KUALA LUMPUR – Tidak ramai ibu bapa dikurniakan peluang...

    Martabat warisan songket menerusi beg tangan rekaan moden

    KUALA LUMPUR - Mula berjinak-jinak dengan seni jahitan ketika...

    Dapur Digital bakar semangat usahawan komuniti

    KUALA LUMPUR, 1 OKT - Inisiatif Dapur Digital yang...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...