Saturday, February 8, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adik Miza seiras Siti Sarah

    Allahyarham Siti Sarah Raissudin mempunyai tempat yang istimewa di hati para peminat. Baru-baru ini tular seorang kanak-kanak yang dikatakan mirip penyanyi itu.

    Menerusi video yang tular di TikTok, warganet mengatakan wajah kanak-kanak berhijab itu salin tidak tumpah seperti Siti Sarah, menurut petikan dalam Sinarplus.

    Bapa arwah, pelakon Raissudin Hamzah dan isteri, Siti Fatima Suberi mengambil peluang bertemu sendiri dengan kanak-kanak dikenali sebagai Adik Miza, 9, itu biarpun perlu menempuh perjalanan selama tujuh jam.

    Menerusi kemas kini laman sosial, Siti Fatima berkongsi beberapa foto kanak-kanak yang dianggap sebagai cucu itu.

    “Cucu baru atuk ni, alhamdulillah. Momen yang sangat bermakna buat kami semua.

    Adik Miza yang mempunyai raut wajah seiras Allahyarham Siti Sarah. – Sinarplus

    “Lepas jugak rindu. Abahlah yang paling happy sebenarnya. Terima kasih untuk rezeki ni ya Allah,” titipnya.

    Turut serta dalam pertemuan itu ialah anak sulung Siti Sarah, Uwais Alqarni, 12, yang kelihatan gembira melihat kanak-kanak seiras bondanya di depan mata.

    Shuib juga memuat naik video sedang membuat panggilan video dengan Miza bersama isterinya, Watie Hanifiah.

    Hantaran di Instagram itu meraih perhatian ramai yang mana rata-rata meluahkan sebak melihat reaksi Shuib.

    “Kasih seorang ayah, sanggup menempuh perjalanan tujuh jam untuk bertemu seseorang yang seiras anaknya.

    “Mesti Uncle Raissudin terbayang momen bersama dengan arwah semasa kecil. Al-Fatihah untuk arwah Siti Sarah,” antara komen warganet.

    Tidak kurang juga yang tersentuh melihat Miza yang persis adik beradik dengan Uwais.

    “Macam kembar pula Uwais dengan Miza,” kata seorang peminat. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda