Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adik pengasas Korea U meninggal dunia

    SEOUL, 15 DIS – Kim Yong Ju, adik kepada pengasas Korea Utara, Kim Il Sung yang pernah dianggap sebagai pegawai nombor dua negara sebelum anak buahnya diumumkan sebagai pemimpin seterusnya, telah meninggal dunia, menurut laporan media hari ini.

    Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, cucu kepada Kim Il Sung, meluahkan ‘rasa dukacita’ mengenai kematian dan menghantar utusan takziah, menurut laporan Korean Central News Agensi (KCNA). “Kim Yong Ju berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan matlamat dan dasar parti serta membuat sumbangan untuk mempercepatkan pembangunan sosialis dan membangunkan sistem sosial, sementara bekerja dalam jawatan penting dalam parti serta negara selama beberapa tahun,” menurut KNCA.

    Laporan berita tidak menyebutkan secara tepat bila Kim Jong Yu meninggal dunia. Menurut Kementerian Penyatuan di Seoul, dia dilahirkan pada 1920, bermakna mendiang berusia sama ada 100 atau 101 tahun semasa kematian.

    Generasi ketiga keluarga Kim telah memerintah Korea Utara sejak Kim Il Sung menubuhkan negara pada 1948. Apabila Kim Il Sung meninggal dunia pada 1004, anak sulungnya, Kim Jung Il mewarisi kuasa. Kim Jong Un adalah yang ketiga dan anak bungsu Kim Jong Il dan diberikan kuasa sesudah ayahnya meninggal dunia pada 2011.- AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda