TEHRAN, 6 Okt – Timbalan Presiden Iran, Eshagh Jahangiri berkata hari ini, adiknya yang mengetuai beberapa projek pelancongan besar telah ditangkap.
Mehi Jahangiri mempunyai kepentingan dalam pembangunan skala besar termasuk taman pelancongan baru luar Tehran, serta perjanjian bersama Novotel, Perancis dan rangkaian hotel Ibis yang ditandatangani pada 2015.
“Saya tidak mempunyai maklumat tepat atas sebab dan punca penangkapannya itu,” kata Eshagh Jahangiri dalam akaun Instagramnya. – AFP