Monday, December 23, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adira, Datuk Red bercerai talak satu

    Perkahwinan dibina selama sembilan tahun akhirnya terlerai apabila penyanyi Adira Suhaimi dan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red sah bercerai talak satu.

    Adnan, 46, melafazkan talak di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, kelmarin.

    Kes tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar kelmarin dan mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.

    “Bahawa saya Adnan Abu menceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu,” lafaz Adnan.

    Ketika kes dibacakan Adnan kelihatan tunduk sayu dan Adira yang kelihatan tenang juga bersetuju tidak menuntut nafkah. Pasangan itu bersalaman dalam dewan bicara sebelum bersurai, lapor BH Online.

    Adnan melafazkan talak terhadap Adira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang. – mStar

    Pada 5 Mac lalu, Adira dan Adnan hadir bagi keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik Adira dan suaminya berhubung proses perceraian mereka.

    Adnan melantik sahabat baik sebagai wakil JKP, manakala Adira selaku plaintif melantik kakaknya, Emma Suhaimi untuk prosiding berkenaan.

    Semalam, Adnan mahukan isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim dan isteri kedua, Adira menarik balik permohonan cerai mereka.

    Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan perceraian berikutan tiada persefahaman.

    Sebelum ini, Adira pernah memfailkan perceraian pada 2019, namun menarik semula demi anak-anak.

    Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

    Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.

    Perkahwinan Adnan dengan isteri pertama yang juga dikenali sebagai Datin Red mempunyai lima cahaya mata.

    Sebelum itu, Adnan pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda