Penyanyi, Adira Suhaimi membuat kejutan meraikan ulang tahun kelahiran madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red. Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di Instagram, Adira, 32, dilihat mengunjungi kediaman Datin Red dengan membawa kek dan jambangan bunga. Malah, penyanyi lagu Ku Ada Kamu itu juga turut menghadiahkan seutas gelang tangan