Monday, December 23, 2024
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adira kejar gelaran Datin Seri?

    Kemelut rumah tangga penyanyi Adira dan bekas suami, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red pernah menghangatkan industri hiburan nampaknya tidak terhenti setakat itu sahaja.

    Meskipun sudah tidak bergelar suami isteri selepas Adnan menceraikan Adira dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pada 24 April lalu, namun, kisah bakal rujuk semula menjadikan nama dua individu ini kembali panas dalam media sosial.

    Enggan membiarkan tanda tanya terus bermain dalam fikiran, soalan itulah diajukan kepada penyanyi yang namanya mula meledak menerusi lagu Ku Ada Kamu itu ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri, Jangan Tinggal Abang Dek baru-baru ini.

    Tidak menafikan spekulasi bertebaran itu, Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 32, menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan takdir.

    “Insya Allah, kami ada berbincang mengenai perkara rujuk semula. Kami akan cuba. Kalau ada jodoh.

    Adira menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan takdir. – Kosmo

    “Kalau tidak, saya akan teruskan kehidupan dengan status ibu tunggal. Lagipun tak salah untuk saya beri bekas suami ruang dan peluang.

    “Setiap manusia layak dapat peluang kedua. Kami bercerai pun bukan sebab bekas suami ada perempuan lain.

    “Sekarang, kami sedang berusaha ke arah itu. Sebelum itu, bekas suami perlu betulkan apa yang perlu diperbetulkan. Doakan semoga rezekinya lancar dan dipermudahkan,” katanya kepada BH Online.

    Ketika pasangan duda dan janda sedang berusaha untuk mendirikan semula mahligai yang pernah roboh, terdengar cakap-cakap nakal yang mendakwa mereka seperti mempermain institusi perkahwinan dan mempunyai agenda tertentu.

    Lebih dahsyat, apabila penyanyi berkulit putih melepak itu dituduh mahu mendapat gelaran Datin Seri hanya kerana mahu kembali ke pangkuan bekas suaminya itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda