Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adira mahu kembali aktif

    Penyanyi, Adira (gambar) tidak menolak untuk kembali aktif setelah berehat seketika selepas hamil anak keempat sejak awal tahun ini.

    Jelas Adira yang baharu sahaja dikurniakan cahaya mata keempat akhir September lalu, walaupun merancang berbuat demikian, anak-anak tetap menjadi keutamaan.

    “Selepas memberi tumpuan kepada anak-anak, saya kira 2023 adalah masa yang sesuai untuk saya kembali aktif dalam bidang nyanyian.

    “Saya sudah ada beberapa perancangan seperti single dan sebagainya, tetapi buat masa ini biarlah rahsia dahulu.

    “Walaupun akan kembali sibuk di dunia nyanyian, keutamaan saya tetap pada anak-anak.
    “Lagipun saya ada pembantu yang boleh menguruskan anak, jadi tidaklah bimbang sangat,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

    Adira berkata, dia tidak keberatan untuk membawa anak sekali mengikutinya bekerja andai keadaan memerlukan. – Agensi

    Berkongsi perjalanannya sebagai seorang ibu dan selebriti, Adira berkata, dia tidak keberatan untuk membawa anak sekali mengikutinya bekerja andai keadaan memerlukan.

    Bagaimanapun, kebanyakan tawaran kerja yang diterima membolehkan dia pulang ke rumah hari yang sama.

    “Kalau show di luar Kuala Lumpur pun, biasanya saya akan naik kapal terbang dan boleh pulang hari sama. Kalau perlu, saya akan bawa sahaja sekali.

    “Ketika jadi ibu buat pertama kali, saya akui memang kelam-kabut dan pening.

    “Bila sudah masuk anak empat, saya rasa dah biasa dengan semua itu,” jelasnya yang dilantik sebagai duta produk penjagaan badan, Body Flasshh.

    Dalam pada itu, wanita berusia 31 tahun itu mengakui memilih untuk menjalani prosedur mengikat organ peranakannya sebaik melahirkan anak keempatnya, Asan.

    Ujar Adira, prosedur itu telah dicadangkan oleh doktor, memandangkan dia sudah empat kali melahirkan anak melalui kaedah pembedahan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda